Want your
own Fotopage?








 
amal's FotoPage

By: amal Jariah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-May-2008 04:56 Email | Share | Bookmark
Madrasah Tahfiz Quran Darul Mannar

 
 
 
Ust. Lokman Hakim dari Perth, Australia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sedap nyerr !!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berselera anak2 nie makan.
Tukang masak makan di dapor
Makan, jangan pandang2
 
Sukarealwan dari Australia
 
Solat menjadi agenda UTAMA
Sukarelawan mengecat pondok2
 
al Quran dihidupkan
 
Tidor..zzzzz
 
 
MADRASAH TAHFIZ AL AURAN DARUL MANAR
Lamanweb: www.rumahamal.org/madrasah.htm

MUKADIMAH
Madrasah Tahfiz Al Quran (MTQDM) adalah sebuah insitusi pendidikan peringat menengah yang berorientasikan Pengajian Al Qura, Bahasa Arab serta akademik yang digabungkan secara integerasi. Pengajian yang disediakan bermula dari Tingkatan 1 atau berumur 13 tahun.

Ia ditubuhkan pada 1 Muharam 1428 bersamaan 20 Januari 2007 dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar sedari kecil dan menghafaz al Quran secara sistematik mengikut IQ dan bakat masing-masing serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya seperti Bahasa Arab, Tajwid QIraati dan Tarannum di samping menimpa ilmu-ilmu akademik seperti matematik, sains, geografi, sejarah dan lain-lain.

Ia menekankan perkembangan fitrah semulajadi dan potensi para pelajar secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Dengan kaedah ini Isya Allah ianya akan dapat mengimbangai perkembangan para pelajar, baik dari segai jasmani, emosi, rohani dan inteleknya ke arah cinta kepada Allah, kenal dan kasih kepada Rasulnya serta dapat melahirkan seorang pelajar ygna sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam dan menjadi muslim yang bertaqwa serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Moga-moga usaha ini dapat melahirkan generasi Al Quran seperti di zaman Rasulullah.

LATAR BELAKANG
MTQDM bermula dengan 80 orang pelajar berumur antara 13 tahun dan menjadikan WIsma Darul Manar Islamiah di Kg. Pt. Sakai Darat, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor sebagai kompleks pendidikan dan pengajian serta asrama.

Ia ditubuhkan di atas kesedaran untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi al Quran yang berketerampilan, mempunyai jati diri, di mana ketika ini golongan remaja begitu rapuh dan mudahnya terlibat dengan gejala yang tidak sihat serta tidak bermoral.

MTQDM ditubuhkan dan didokong oleh gabungan tenaga-tenaga yang cenderung membuat kerja-kerja kebajikan dan sosial serta berlatarbelakangkan pendidikan agama, akademik, samada di sektor profesional, koporat, pendidik, pengurusan dan kemasyrakatan.

Organasisi MTQDM telah dibentuk bukan sahaja berorintasika pendidikan agama tetapi mengambil kia pendidikan akademik dan kemahiran yang sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.

SILIBUS DAN SUKATAN PELAJARAN
MTQDM mengguna pakai silibus Institut Tahfiz Al Quran Negeri (ITQDAN) di Gemencheh kelolaan MANIS dan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) untuk sekolah-sekolah aliran agama (SMKA) Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Agama Johor untuk silibus Arab dan Diniah.

SUMBER KEWANGAN
Oleh kerana MTQDM adalah insitusi kebajikan ia tidak mengenakan yuran tetap kepada pelajar, tetapi bersedia menerima segala bentuk sumbangan daripada ibu bapa, penjaga dan pihak-pihak tertentu serta dermawan.

PENUTUP
Golongan Huffaz Al Qura yang bertaqwa adalah pemelihara dan pelindung ummah daripada gejala kemungkaran dan kemaksiatan. Mereka juga adalah benteng utama bagi menyelamatkan aqidah ummah. Mereka sebenarnya menjadi aset paling berharga kepada ulama' dan umara', agama, bangsa dan negara.


MADRASAH TAHFIZ AL QURAN DARUL MANNAR

PSD 38, Parit Sakati, Jalan Temenggung Ahmad, 84000 Muar, Johor DT.
Ustaz Jaafar: 019-4740535
Email : almanar@yahoo.com
Lamanweb: www.rumahamal.org/madrasah.htm

[i]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net